SOFAMAN

Monday 14 September 2015

NASIHAT & PENGAJARAN



LIMA TANDA HATINYA KERAS

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".
Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.
5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126).

PENGENALAN



Data Sekolah Kebangsaan Kinasaraban,

Ranau



Latar belakang ringkas sekolah kebangsaan Kinasaraban Ranau


SKKR ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai sekolah cawangan kepada Sekolah Kebangsaan Kundasang Ranau. Pada mulanya pihak JKKK Kampung Kinasaraban telah meminjamkan BalaiRaya kampung untuk dijadikan kelas. Seterusnya pada tahun 1999 bangunan sekolah ini telah dibina dan mula digunakan mulai tahun 2000 yang mana ianya dirasmikan oleh Tan Sri Bernard Gilok Dompok pada Tahun 2001.

Sekolah Kebangsaan Kinasaraban Ranau (SKKR) adalah sekolah luar bandar yang terletak  16.1 km dari Pekan Ranau, Sabah. Kebanyakan murid-muridnya terdiri daripada anak-anak pekebun sayur-sayuran dan hanya sebahagian kecil sahaja yang merupakan anak kepada kakitangan kerajaan terutamanya guru. Hubungan komuniti sekolah dengan masyarakat komuniti adalah sangat erat terutamanya di antara pihak sekolah dengan ibu bapa serta penduduk kampung Kinasaraban, Ranau. Komuniti juga mudah menyalurkan bantuan, tenaga dan kewangan kepada pihak sekolah.   

VISI SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGGSAAN KINASARABAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG PADA TAHUN 2014

MISI SEKOLAH
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU YANG SEIMBANG UNTUK MELAHIRKAN WARGANEGARA YANG BERKUALITI BERDASARKAN FALSAFAH KEBANGSAAN NEGARA

Nama Sekolah

Sekolah Kebangsaan Kinasaraban, Ranau
Pejabat Pelajaran Daerah Ranau
89307 Ranau Sabah

Kedudukan Sekolah

Luar Bandar

PENGENALAN



RUKUN NEGARA
MAKA KAMI RAKYAT MALAYSIA BERIKRAR AKAN MENUMPUKAN SELURUH       TENAGA DAN USAHA KAMI MENCAPAI CITA-CITA TERSEBUT BERDASARKAN     PRINSIP-PRINSIP BERIKUT:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN



 
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
“PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KEARAH MEMPEKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MENJADI INSAN YANG SEIMBANG DAN  HARMONIS DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN. USAHA INIADALAH BAGI MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN, BERKETARAMPILAN, BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN MASYARAKAT DAN NEGARA”


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
“ PENDIDIKAN ISLAM ADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN UNTUK MENYAMPAIKAN ILMU KEMAHIRAN DAN PENGHAYATAN  ISLAM BERDASARKAN AL-QURANA DAN AS-SUNNAH, BAGI MEMBENTUK SIKAP, KEMAHIRAN KEPERIBADIAN DAN PANDANGAN HIDUP SEBAGAI HAMBA ALLAH YANG MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB UNTUK MEMBANTU DIRI , MASYARAKAT, ALAM SEKITAR DAN NEHARA KE ARAH MENCAPAI KEBAIKAN DI DUNIA DAN KESEJAHTERAAN ABADI DI  AKHIRAT”

NASIHAT & PENGAJARAN



5 Syarat Nak Buat Maksiat             

Written by nurqush, Wednesday, 02 January 2008

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki- Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak- isak.